Tuesday, 30 June 2020

JAMBATAN ISKANDARIAH


Jambatan Iskandariah merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan jalan di antara Sungai Perak di kawasan Kuala Kangsar ialah struktur jambatan Pontoon di Enggor dan Belanja. Jambatan Iskandariah merupakan satu diantara empat jambatan utama di Kuala Kangsar.


Jambatan Iskandariah yang telah banyak berjasa kepada penduduk Perak

Jambatan Iskandariah mempunyai panjang sebanyak 308 meter merintangi Sungai Perak dan dibina dengan menggunakan keluli. Jambatan ini kekal sebagai jambatan keluli terpanjang di Malaysia. Jambatan Iskandariah ketika siap telah menggunakan hampir 15 tan konkrit dan 17 tan keluli.

Struktur Jambatan Iskandariah yang penuh dengan keluli

Pandangan tepi Jambatan Iskandariah



Monday, 29 June 2020

JAMBATAN PERSAHABATAN


Jambatan persahabatan diantara negara Brunei dan Malaysia. Jambatan ini merupakan jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Brunei iaitu bahagian Sarawak, Limbang dan Temburong. Jambatan ini dibuka kepada orang ramai pada hari ahad iaitu 8 Disember 2013.

Jambatan Persahabatan

Jambatan Persahabtan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Hal ini kerana Jambatan Persahabatan merupakan projek yang dikendalikan secara bersama oleh kerajaan Brunei dan Malaysia.


Majlis perasmian Jambatan Persahabatan

Jambatan pre-cast concrete ini mempunyai sepanjang 189 meter dan mempunyai lebar 14 meter iaitu dua Lorong – dua hala. Kos pembinaan sebanyak RM 21.95 juta dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei. Kos pembinaan jalan tuju di sebelah Malaysia ditanggung oleh Malaysia dan pembinaan jalan tuju di sebelah Brunei pula ditanggung oleh Brunei. Jambatan ini telah mengambil masa selama 17 bulan iaitu bermula pada 15 Mei 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2013.

Sebelum adanya jambatan Persahabatan ini, penduduk daripada Limbang terpaksa menggunakan feri kerana ingin menyeberang sungai. Jambatan Persahabatan telah membantu dari segi masa untuk mneyeberang sungai serta menjimatkan kos untuk membayar tambang feri.

Sebelum kewujudan Jambatan Persahabatan, penduduk terpaksa menggunkan feri untuk menyeberang sungai



JAMBATAN PULAU BUNTING


Jambatan Pulau Bunting telah menghubungkan kawasan Kampung Sungai Kering dan merentasi perairan Selat Melaka sebelum ke Pulau Bunting. Panjang jambatan ini berukuran 2.5km dan 13 meter kelebaran.

Pandangan Jambatan Pulau Bunting

Jambatan Pulau Bunting telah menelan sebanyak RM 120 juta dalam pembikinan. Jambatan Pulau Bunting mempunyai 80 meter ‘arch cable-stayed bridge’ yang sering dijadikan lokasi oleh para pemancing untuk memancing ikan.

Sebelum siapnya Jambatan Pulau Bunting

Sempurnya Jambatan Pulau Bunting

Dari atas jambatan tersebut, pemandangan indah Gunung Jerai dapat dilihat dari arah laut malah beberapa pulau seperti Pulau Telur dan Pulau Songsong juga boleh dilihat dari atas jamabtan tersebut. 

Jambatan Pulau Bunting telah menjadi kegilaan para pemancing 







JAMBATAN KUNO CHINA


Jika ditanya kepada rakyat China jambatan apa yang paling tertua di China, sudah pasti mereka akan menjawab Jambatan Anji. Jambatan Anji atau dikenali Jambatan Zhaozhou adalah jambatan tertua di China dengan sejarah yang dicatat sejak zaman Dinasti Sui lagi.


Jambatan Anji yang sangat ikonik

Jambatan gerbang lengkungan terbuka ini telah direka bentuk oleh seorang tukang bernama Li Chun. Jambatan Anji telah terbina pada tahun 595-606 dan terletak di bahagian selatan Provinsi Hebei yang merentasi sungai Xiao.

Jambatan Anji telah menunjukkan tahap teknikal yang maju di negara China pada zaman dahulu

Jambatan Anji mempunyai kepanjangan 50.82 meter, kelebaran pula 9.6 meter manakala ketinggian 7.3 meter dan 2 gerbang spandrel pada setiap bahu jambatan. Jambatan ini berkesan untuk pengaliran air pada masa air sungai meningkat, pengurang beban jambatan dan penjegahan keruntuhan jambatan.

Jambatan Anji telah berkhidmat selama 1400 tahun dan masih teguh berdiri pada masa kini



Friday, 26 June 2020

JAMBATAN NAGA VIETNAM


 Kepada pelancong yang berkunjung di Vietnam menjadi kewajipan untuk berkunjung di The Dragon Bridge yang terletak melintasi Sungai Han di Da Nang Vietnam. Jambatan ini dibina pada 19 Julai 2009 sehingga 29 Mac 2013.

Kreatif betul penduduk Vietnam 

Perasmian Jambatan Naga
Jambatan sepanjang 666 meter ini telah dirasmikan pada Tarikh 29.3.2013 melalui proses upacara yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc, Menteri Pengangkutan Dihn La Thang, Jawatankuasa Pusat Dalam Negeri Nguyen Ba Thanh dan pejabat Da Nang yang memotong reben perasmian Jambatan Naga

Ketika ini jambatan Naga siap sepenuhnya

Jambatan Naga yang siap sepenuhnya mengambil masa selama 5 tahun pembikinan

Keunikan Jambatan Naga
Jambatan ini telah menelan sebanyak 85 juta Dolar Amerika. Jadi terhasilah keunikan jambatan ini iaitu jambatan steel terbesar dan jenisnya dihiasi lebih daripada 2500 lampu LED dan dapat menyeburkan api dan memancutkan air diudara.

Pertunjukkan Jambatan Naga pada waktu malam

(Gambar Hiasan) Pelancong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berselfie dengan Jambatan Naga




Wednesday, 24 June 2020

JAMBATAN DRAWBRIDGE KEBANGGAAN RAKYAT TERENGGANU


Harini kita menceritakan tentang jambatan angkat atau lebih dikenali oleh rakyat Terengganu iaitu drawbridge yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di muara Sungai Terengganu. Jambatan ikonik ini bernilai RM248 juta yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara. Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut.


Sekali pandang macam di luar negara 

Mengapa Diberi Nama Jambatan Angkat?
Hal ini kerana bahagian tengah jambatan ini boleh diangkat bagi memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka bagi laluan kapal) dan 20 minit untuk diturunkan semula (dibuka kepada pemandu kenderaan darat).

Lihatlah keunikan Jambatan Angkat yang hanya ada di Terengganu

Menara Yang Boleh Dikunjung

Jika kita lihat, struktur pembinaan jambatan ini mempunyai 2 menara iaitu menara selatan dan menara utara. Di menara selatan dijadikan galeri dan menara bahagian utara di jadikan restoran yang mampu menampung 200 orang. 2 menara ini dilengkapi dengan lif, surau, tandas dan sebagainya. Terdapat menara tinjau arau ‘deck’ di kiri dan kanan hujung tiang menara yang berlantaikan kaca dengan ketebalan 12mm dengan disusun sebanyak sembilan lapisan. Hal ini membolehkan pengunjung melihat ‘menembusi’ lantai ke bawah.

Rugi kalau tak meneroka kedua-dua menara sekali

Port Selfie
Struktur pembinaan jambatan ini seperi ala-ala Tower Bridge di London, telah menarik ramai pelancong untuk bergambar atau ‘Selfie’ melatarbelakangkan jambatan ini. Jadi, jambatan ini telah disediakan lebih 100 petak tempat letak kenderaan di bawah jambatan iaitu masing-masing 50 petak di utara dan selatan jambatan. Perkara ini memudahkan pelancong untuk singgah ‘selfie’ di situ.

Jambatan Drawbridge yang dihiasi lampu yang indah dan cantik menarik minat pelancong untuk berselfie dengannya

(Gambar hiasan)

(Gambar hiasan)

Memudahkan Perjalanan
Jambatan ini menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar Kuala Terengganu dan Muara Utara di seberang Takir. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar raya itu secara tidak langsung akan memendekkan jarak perjalanan dari bandar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus iaitu dari 30 minit ke 10 minit sahaja.

Jambatan Angkat ini telah memberi manfaat yang sangat berharga kepada penduduk Terengganu





JAMBATAN BATANG SADONG


Pembinaan Jambatan Batang Sadong dibina di Kampung Buloh, Samarahan di Serawak. Jambatan Batang Sadong ini adalah salah satu jambatan yang penting bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai di Negeri Serawak.


Pandangan dari atas Jambatan Batang Sadong

Perasmian Jambatan Batang Sadong
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM231 juta untuk projek ini dan telah mula pembinaan pada bulan julai 2012. Jambatan Batang Sadong dibuka kepada orang ramai pada 16 oktober 2016. Jambatan Batang Sadong telah dirasmikan pada oleh YAB  Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-6.


Majlis Perasmian Jambatan Batang Sadong

Jambatan Terpanjang Serawak
Apabila siapnya jambatan ini, ia merupakan jambatan terpanjang di Serawak dengan kepanjangan 1.48 kilometer. Lebar jambatan ini adalah 11.5 meter dan mempunyai 2 lorong 2 hala.

Memendekkan Perjalanan

Jambatan Batang Sadong telah memendekkan masa perjalanan dari daerah Asajaya, Sadong Jaya ke daerah Simunjan. Jambatan ini juga telah memendekkan hampir 2 jam perjalanan antara Kuching dan Sebuyau.

Penduduk Serawak tidak perlu menyeberang sungai menggunakan feri lagi

Mengubah Penjanaan Ekonomi Penduduk
Jambatan Batang Sadong telah mengubah penjanaan ekonomi pembangunan khususnya kepada pekan Sebuyau. Potensi penjanaan ekonomi penduduk setempat dengan siapnya jambatan itu, Jadi penduduk tidak perlu menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik anatara bandar. Jambatan ini telah memudahkan penduduk di Sebuyau membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di bandar.

Kesan positif Jambatan Batang Sadong yang diterima oleh penduduk setempat sangat luar biasa

Mengubah Landskap Penduduk
Jambatan Batang Sadong telah memberi nafas baharu kepada penduduk Sebuyau. Hal ini kerana jambatan ini terletak di tengah jalinan jalan raya pesisir pantai yang kini menjadi tumpuan laluan kenderaan dan sangat strategic jika merencanakan lokasi pembangunan. Antara pelan yang telah diwujudkan di penduduk pekan Sebuyan adalah masjid, kawasan komersial, kediaman, institusi Pendidikan, sekolah menengah, pejabat kerajaan dan kawasan industri kecil dan sederhana.






Tuesday, 23 June 2020

JAMBATAN SETELU

Jambatan Setelu merentasi Sungai Nenggiri menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang.
Jambatan yang menjadi kebahagiaan penduduk kampung

Jambatan Setelu dibina menjadi konkrit bermula Januari 2017 dan siap sepenuhnya pada julai 2019. Jambatan ini telah menelan sebanyak Rm 36.2 juta dalam proses pembinaan. 
Jambatan sementara sebelum pembinaan Jambatan Setelu

Jambatan Setelu yang sudah siap sepenuhnya

Jambatan Setelu berfungsi untk memendekkan perjalanan daripada Gua Musang ke Jeli. Sebelum ini pengguna jalan raya berhadapan kesesakan apabila menggunakan jalan utama iaitu Jalan Gua Musang ke Kota Bharu.




Thursday, 18 June 2020

JAMBATAN BIJIH JUBAKAR PANTAI


Jambatan bijih besi yang terletak berhampiran di Kampug Jubakar Pantai dalam Tumpat, Kelantan.


Jambatan Jubakar ini telah diwujudkan sudah sekian lama

Kegunaan Jambatan Jubakar
Jambatan ini dibina oleh pihak British bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan bijih besi dari darat ke kapal pengangkutan. Bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ia akan diangkut ke kapal melalui jeti yang dibina.


kini, Jambatan Jubakar hanya peniggalan sejarah 


Sunday, 14 June 2020

KEGAYATAN JAMBATAN KACA CHINA


Jambatan kaca merupakan terpanjang dan tertinggi di China dan telah memegang sehingga 10 rekod dunia. Jambatan ini telah di beri nama Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge.

Gambaran Jambatan Zhangjiajie dari atas

Kehebatan Jambatan Zhangjiajie
Jambatan ini berukuran 430meter Panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung seramai 800 pengunjung serentak. Ketinggian jambatan ini dari tapak jurang adalah sehingga 300 meter. Jambatan ini telah menelan hampir 39 juta USD dalam kos pembinaan.

Sumpurnanya Jambatan Zhangjiajie menjadi ikon di China

Dijamin Selamat
Jambatan ini dibina dengan kaca jenis tempered glass setebal 3 lapis. Tempered glass banyak digunakan dalam pembuatan cermin kereta terutama bahagian depan yang kelihatan seperti spider jika berlaku keretakan akibat hentakan. Bagi menjamin keselamatan, demonstrasi cubaan memecahkan gelas kaca dengan tukul di lakukan sebanyak 50 kali diikuti dengan panduan kereta jenis SUV dengan berat 2 Tan.

Jambatan Zhangjiajie nampak je tak selamat tapi selamat sebenarnya

Tumpuan Pelancong
Apabila Jambatan Kaca sudah siap sepenuhnya, berpusus-pusu pengunjung yang hadir untuk merasai  sendiri pengalaman melalui jambatan itu tidak kira tua atau muda, dewasa malah kanak-kanak juga dibenarkan masuk. Jambatan ini dibuka pada 20 Ogos 2018.

Kepada yang ada penyakit lemah jantung dinasihatkan jangan naik ye

Menjana Pendapatan
Sebelum berjalan jambatan kaca ini, pelancong hanya di benarkan untuk membawa beg duit dan telefon bimbit sahaja. Tiket masuk ke jambatan ini adalah 138 Yuan manakala jika bercadang untuk meneroka taman hutan tersebut perlu membayar sebanyak 118 Yuan.

Setiap hari Jambatan Zhangjiajie menerima pelancong dari seluruh dunia

Menarik Jambatan Zhangjiajie
Jambatan yang permukaannya dihiasi dengan kaca telah menarik minat pelancong untuk berjalan di jambatan itu. Lantai kaca di laluan jambatan itu membuatkan pengunjung dilihat taku-takut dan ada juga gayat apabila berjalan di atasnya. Selain itu, jambatan ini menyediakan keindahan pemandangan semula jadinya yang luar biasa.

Panorama yang cukup indah disediakan oleh Jambatan Zhangjiajie kepada pelancong








Friday, 12 June 2020

KISAH TRAGIS JAMBATAN TAMPARULI


Hari ini, kita santai-santai sambil membaca kisah disebaliknya jambatan Tamparuli. Ketika sekolah dulu pasti anda semua pernah dengar lagu Tamparuli kan?. Siapa tak pernah dengar lagu Jambatan Tanparuli memang tak lejen hahahaha. Ok mari kita start. Jambatan Tamparuli menjadi tempat lawatan yang popular jika hendak pergi ke Kundasang. Siapa sangka, Jambatan Tamparuli ini mempunyai kisah yang menyayat hati.

Jambatan Tamparuli

Lagenda Solungkoi
Ketika jambatan itu baru mula dibina, seorang pegawai British bernama Robinson yang berkhidmat di Tamparuli, telah jatuh cinta dengan seorang gadis Sumandak yang cukup cantik bernama Solungkoi. Dalam masa yang sama ada seorang jejaka tempatan yang bernama Intang dalam diam menaruh hati terhadap Solungkoi. Malangnya, cinta Solungkoi hanya kepada jejaka British itu iaitu Robinson. Maka, cinta tiga segi pun bermula antara Robinson, Solungkoi dan Intang.

Cantik sebegini la Solongkoi (Gambar hiasan)

Ini pulak Robinson (Gambar hiasam)

Ini pula Intang (Gambar hiasan)

Sementara itu, Robinson adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek pembinaan Jambatan Tamparuli. Robinson sangat runsing kerana tanpa jambatan, menyukarkan pihak British dan penduduk tempatan untuk menyeberang ke dunia luar. Jambatan Tamparuli ini sering kali mengalami kerosakan setiap kali berlaku banjir besar. Jadi, pada suatu hari si Robinson telah meminta bantuan daripada Intang untuk mencari punca dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Robinson melawat Jambatan Tamparuli

Mereka juga yakin, penyebab masalah jambatan itu sering kali rosak adalah kerana Tombuakar (hantu air). Maka, si Intang bertemu dengan odu-odu (wanita tua) yang merupakan seorang bomoh wanita dan pakar dalam bidang pemujaan (mengubati orang sakit dan menghalau hantu. Odu-odu kemudiannya mengenal pasti punca masalah tersebut dan kononya mengatakan Tombuakar marah kerana tapak pembinaan jambatan telah menganggu kawasan tempat tinggalnya.

Tombuakar atau lebih dikenali sebagai hantu air

Odu-odu iaitu bomoh 

Lalu, Odu-odu menyarankan supaya diadaka satu upacara untuk menjamu Tombuakar sebagai tanda minta maaf. Menjadi peliknya, walaupun upacara jamuan sudah dilakukan, jambatan Tanparuli sering kali rosak. Rupa-rupanya Tombuakar mahukan nyawa seorang sumandak yang cantik sebagai temannya di dalam air. Pada ketika itu, tiada gadis sumandak yang cantik rupawan selain Solungkoi. Oleh kerana cemburu dan dendam Intang yang tidak memiliki cinta daripada Solungkoi, Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi.

Robinson pun bingung memikirkan antara kerjaya ataupun kekasih hati. Akhirnya, Robinson membuat keputusan memilih kerjaya dan mengorbakan cinta hatinya. Pada suatu malam, ketika Robinson dan penduduk kampung berpesta minum tapai (minuman memabukkan), Solungkoi dibawa ke jambatan Tamparuli dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk. Sebaik sahaja Solungkoi sedarkan diri, dia mendapati badannya sudah diikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan ke bawah cerucuk jambatan.

Hal ini kerana syarat dari Tombuakar yang mahukan mangsanya ditanam hidup-hidup di bawah jambatan. Solungkoi mula menangis dan merayu supaya dirinya dilepaskan. Sehinggakan Solungkoi pasrah dan dia lalu membuat permintaan terakhir kepada Tombuakar dengan bersumpah, jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan selalu rosak selagi tidak mengorbakan darah Robinson.


Robinson kemudiannya menyesal dengan tindakannya dan bagi mengenang kekasihnya, Robinson mengukir nama Solungkoi di atas plat besi dan melekatkannya di cerucuk jambatan di mana Solungkoi ditanam. Selepas itu, Robinson dikatakan telah membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.

Ada yang mengatakan cerita ini hanyalah mitos, namun seperti yang disahkan oleh orang-orang yang pernah menyelam di bawah jambatan Sungai Tamparuli, plat besi terukir nama Solungkoimasih dapat dilihat sehingga ke hari ini. 
Sejarah Jambatan Tamparuli

Siapa sangka Jambatan Tamparuli mempunyai sejarah yang tersendiri