Thursday, 4 June 2020

JAMBATAN GUILLEMARD


Jambatan keretapi “Guillemard” dibina merentasi Sungai Kelantan di Kursial dekat Tanah Merah.




Jambatan keretapi ini dibina dalam tahun 1920 dan siap sepenuhnya pada bulan Julai 1924. Jambatan ini telah dirasmikan oleh KDYMM Al- Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama “Guillemard” adalah mengambil sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa itu Gabenor Sir Laurence Guillemard.




Jambatan sepanjang 609.6 meter adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Tapak jambatan dibina menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat. Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter.



Jambatan Guillemard antara jambatan tertua di Malaysia

Jambatan ini asalnya diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil dan sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.


Jalan kereta api yang masih digunakan sehingga kini

Jambatan Guillemard juga sering digunakan oleh penduduk mahupun pelancong untuk mengambil gambar melatarbelakangkan jambatan ini. Sudah menjadi kewajipan jika lalu di jambatan ini mesti kena berhenti untuk mengambil gambar.

Gambar di atas hanya gambar hiasan


No comments:

Post a Comment