Thursday, 4 June 2020

JAMBATAN BYPASSS RAWANG MENEMBUSI AWAN


Jalan Pintas Rawang atau Rawang Bypass sepanjang 9 kilometer yang sudah dibuka kepada umum pada 29 November lalu adalah pembinaan struktur tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter. Pada asalnya pembinaan Bypass Rawang ini dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dari serendah ke selayang , tetapi lain pula jadinya apabila pengguna jalan raya disitu menggunakan ‘port lepak’ di situ. Saya akan ceritakan mengapa disitu menjadi ‘port lepak’ pengguna jalan raya.



Jambatan Yang Membelah Awan

Jambatan ini juga akan seolah-olah membelah awan di waktu pagi terutamanya selepas hujan yang akan memberikan pengalaman menarik bagi pengguna. Pengguna akan berhenti di tepi untuk menikmati udara yang segar dihasilkan oleh tumbuhan yang ada disitu. Kesejukannya tidak perlu pergi ke Genting Highland. Pergi ke Bypass Rawang juga pasti kita dapat merasakan kesejukan seperti di Genting Highland.
Gambar Bypass Rawang yang kelihatan mencecah awan

Kehidupan Flora Yang Unik

Pokok unik seperti pokok Merawan atau pokok Giam Kanching ini hanya hidup di sini sahaja dan tiada di tempat lain. Pokok ini juga tumbuh di laluan Rawang Bypass ini. Oleh itu, kerajaan negeri Selangor sangat menjaga pokok yang berharga ini supaya tiada kepupusan flora berlaku. Boleh dikenakan didenda sehingga sejuta ringgit jika menebang pokok ini tanpa kebenaran. Jika ingin melihat pokok yang unik ini, sila datang ke Bypass Rawang.

Pokok Giam Kanching yang hidup di persekitaran Bypass Rawang

Panorama Bandar Rawang
Pada waktu malam, di tepi highwa penuh dengan pengguna jalan raya untuk melihat keindahan lampu neon yang dihasilkan oleh Bandar Rawang. Kebanyakan remaja akan singgah di situ untuk lepak bersama rakan-rakan sambil berselfie.

Bandar Rawang ketika pada waktu malam

No comments:

Post a Comment