Wednesday, 3 June 2020

JAMBATAN KOTA

Jambatan Kota merupakan jambatan 2 tingkat yang pertama didirikan di Persekutuan Tanah Melayu. pada walnya kos pembinaan jambatan ini menelan RM10 juta. Jambatan ini merentasi Sungai Klang dan telah dibina pada bulan Jun 1957.  Jambatan Kota telah dinobatkan sebagai jambatan bersejarah di Malaysia kerana jambatan ini dibina sebelum tarikh kemerdekaan.



Jambatan 2 Tingkat

Jambatan ini mempunyai 2 tingkat iaitu bahagian atas dibina bagi laluan kenderaan berat seperti bas, lori, kereta dan bahagian bawah pula laluan untuk basikal, beca dan orang pejalan kaki.




Perasmian Jambatan Kota


Jambatan Kota dirasmikan pada pukul 5:15 petang pada 24 Jun 1959 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor Ke-9.

Jambatan Kota telah banyak memberi manfaat kepada penduduk Klang

Struktur Jambatan Kota

Struktur atas jambatan berukuran 22 kaki lebar, 1500 kaki Panjang dan 40 kaki aras sungai. Jambatan dua tingkat sepanjang 500 meter itu dibina menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang yang menjadi penghubung utama antara Bandar Klang Utara dan Klang Selatan.

Struktur dalaman Jambatan Kota






No comments:

Post a Comment