Friday, 12 June 2020

KISAH TRAGIS JAMBATAN TAMPARULI


Hari ini, kita santai-santai sambil membaca kisah disebaliknya jambatan Tamparuli. Ketika sekolah dulu pasti anda semua pernah dengar lagu Tamparuli kan?. Siapa tak pernah dengar lagu Jambatan Tanparuli memang tak lejen hahahaha. Ok mari kita start. Jambatan Tamparuli menjadi tempat lawatan yang popular jika hendak pergi ke Kundasang. Siapa sangka, Jambatan Tamparuli ini mempunyai kisah yang menyayat hati.

Jambatan Tamparuli

Lagenda Solungkoi
Ketika jambatan itu baru mula dibina, seorang pegawai British bernama Robinson yang berkhidmat di Tamparuli, telah jatuh cinta dengan seorang gadis Sumandak yang cukup cantik bernama Solungkoi. Dalam masa yang sama ada seorang jejaka tempatan yang bernama Intang dalam diam menaruh hati terhadap Solungkoi. Malangnya, cinta Solungkoi hanya kepada jejaka British itu iaitu Robinson. Maka, cinta tiga segi pun bermula antara Robinson, Solungkoi dan Intang.

Cantik sebegini la Solongkoi (Gambar hiasan)

Ini pulak Robinson (Gambar hiasam)

Ini pula Intang (Gambar hiasan)

Sementara itu, Robinson adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek pembinaan Jambatan Tamparuli. Robinson sangat runsing kerana tanpa jambatan, menyukarkan pihak British dan penduduk tempatan untuk menyeberang ke dunia luar. Jambatan Tamparuli ini sering kali mengalami kerosakan setiap kali berlaku banjir besar. Jadi, pada suatu hari si Robinson telah meminta bantuan daripada Intang untuk mencari punca dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Robinson melawat Jambatan Tamparuli

Mereka juga yakin, penyebab masalah jambatan itu sering kali rosak adalah kerana Tombuakar (hantu air). Maka, si Intang bertemu dengan odu-odu (wanita tua) yang merupakan seorang bomoh wanita dan pakar dalam bidang pemujaan (mengubati orang sakit dan menghalau hantu. Odu-odu kemudiannya mengenal pasti punca masalah tersebut dan kononya mengatakan Tombuakar marah kerana tapak pembinaan jambatan telah menganggu kawasan tempat tinggalnya.

Tombuakar atau lebih dikenali sebagai hantu air

Odu-odu iaitu bomoh 

Lalu, Odu-odu menyarankan supaya diadaka satu upacara untuk menjamu Tombuakar sebagai tanda minta maaf. Menjadi peliknya, walaupun upacara jamuan sudah dilakukan, jambatan Tanparuli sering kali rosak. Rupa-rupanya Tombuakar mahukan nyawa seorang sumandak yang cantik sebagai temannya di dalam air. Pada ketika itu, tiada gadis sumandak yang cantik rupawan selain Solungkoi. Oleh kerana cemburu dan dendam Intang yang tidak memiliki cinta daripada Solungkoi, Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi.

Robinson pun bingung memikirkan antara kerjaya ataupun kekasih hati. Akhirnya, Robinson membuat keputusan memilih kerjaya dan mengorbakan cinta hatinya. Pada suatu malam, ketika Robinson dan penduduk kampung berpesta minum tapai (minuman memabukkan), Solungkoi dibawa ke jambatan Tamparuli dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk. Sebaik sahaja Solungkoi sedarkan diri, dia mendapati badannya sudah diikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan ke bawah cerucuk jambatan.

Hal ini kerana syarat dari Tombuakar yang mahukan mangsanya ditanam hidup-hidup di bawah jambatan. Solungkoi mula menangis dan merayu supaya dirinya dilepaskan. Sehinggakan Solungkoi pasrah dan dia lalu membuat permintaan terakhir kepada Tombuakar dengan bersumpah, jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan selalu rosak selagi tidak mengorbakan darah Robinson.


Robinson kemudiannya menyesal dengan tindakannya dan bagi mengenang kekasihnya, Robinson mengukir nama Solungkoi di atas plat besi dan melekatkannya di cerucuk jambatan di mana Solungkoi ditanam. Selepas itu, Robinson dikatakan telah membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.

Ada yang mengatakan cerita ini hanyalah mitos, namun seperti yang disahkan oleh orang-orang yang pernah menyelam di bawah jambatan Sungai Tamparuli, plat besi terukir nama Solungkoimasih dapat dilihat sehingga ke hari ini. 
Sejarah Jambatan Tamparuli

Siapa sangka Jambatan Tamparuli mempunyai sejarah yang tersendiri










No comments:

Post a Comment