Jambatan kaca merupakan terpanjang dan tertinggi di China
dan telah memegang sehingga 10 rekod dunia. Jambatan ini telah di beri nama
Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge.
Gambaran Jambatan Zhangjiajie dari atas
Kehebatan Jambatan Zhangjiajie
Jambatan ini berukuran
430meter Panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung seramai 800 pengunjung
serentak. Ketinggian jambatan ini dari tapak jurang adalah sehingga 300 meter. Jambatan
ini telah menelan hampir 39 juta USD dalam kos pembinaan.
Sumpurnanya Jambatan Zhangjiajie menjadi ikon di China
Dijamin Selamat
Jambatan ini dibina dengan kaca jenis tempered glass
setebal 3 lapis. Tempered glass banyak digunakan dalam pembuatan cermin kereta
terutama bahagian depan yang kelihatan seperti spider jika berlaku keretakan akibat
hentakan. Bagi menjamin keselamatan, demonstrasi cubaan memecahkan gelas kaca
dengan tukul di lakukan sebanyak 50 kali diikuti dengan panduan kereta jenis
SUV dengan berat 2 Tan.
Jambatan Zhangjiajie nampak je tak selamat tapi selamat sebenarnya
Tumpuan Pelancong
Apabila Jambatan Kaca sudah siap sepenuhnya,
berpusus-pusu pengunjung yang hadir untuk merasai sendiri pengalaman melalui jambatan itu tidak kira tua
atau muda, dewasa malah kanak-kanak juga dibenarkan masuk. Jambatan ini dibuka
pada 20 Ogos 2018.
Kepada yang ada penyakit lemah jantung dinasihatkan jangan naik ye
Menjana Pendapatan
Sebelum berjalan jambatan kaca ini, pelancong hanya di
benarkan untuk membawa beg duit dan telefon bimbit sahaja. Tiket masuk ke
jambatan ini adalah 138 Yuan manakala jika bercadang untuk meneroka taman hutan
tersebut perlu membayar sebanyak 118 Yuan.
Setiap hari Jambatan Zhangjiajie menerima pelancong dari seluruh dunia
Menarik Jambatan Zhangjiajie
Jambatan yang permukaannya dihiasi dengan kaca telah
menarik minat pelancong untuk berjalan di jambatan itu. Lantai kaca di laluan jambatan
itu membuatkan pengunjung dilihat taku-takut dan ada juga gayat apabila
berjalan di atasnya. Selain itu, jambatan ini menyediakan keindahan pemandangan
semula jadinya yang luar biasa.
Panorama yang cukup indah disediakan oleh Jambatan Zhangjiajie kepada pelancong
No comments:
Post a Comment