Wednesday 24 June 2020

JAMBATAN DRAWBRIDGE KEBANGGAAN RAKYAT TERENGGANU


Harini kita menceritakan tentang jambatan angkat atau lebih dikenali oleh rakyat Terengganu iaitu drawbridge yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di muara Sungai Terengganu. Jambatan ikonik ini bernilai RM248 juta yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara. Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut.


Sekali pandang macam di luar negara 

Mengapa Diberi Nama Jambatan Angkat?
Hal ini kerana bahagian tengah jambatan ini boleh diangkat bagi memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka bagi laluan kapal) dan 20 minit untuk diturunkan semula (dibuka kepada pemandu kenderaan darat).

Lihatlah keunikan Jambatan Angkat yang hanya ada di Terengganu

Menara Yang Boleh Dikunjung

Jika kita lihat, struktur pembinaan jambatan ini mempunyai 2 menara iaitu menara selatan dan menara utara. Di menara selatan dijadikan galeri dan menara bahagian utara di jadikan restoran yang mampu menampung 200 orang. 2 menara ini dilengkapi dengan lif, surau, tandas dan sebagainya. Terdapat menara tinjau arau ‘deck’ di kiri dan kanan hujung tiang menara yang berlantaikan kaca dengan ketebalan 12mm dengan disusun sebanyak sembilan lapisan. Hal ini membolehkan pengunjung melihat ‘menembusi’ lantai ke bawah.

Rugi kalau tak meneroka kedua-dua menara sekali

Port Selfie
Struktur pembinaan jambatan ini seperi ala-ala Tower Bridge di London, telah menarik ramai pelancong untuk bergambar atau ‘Selfie’ melatarbelakangkan jambatan ini. Jadi, jambatan ini telah disediakan lebih 100 petak tempat letak kenderaan di bawah jambatan iaitu masing-masing 50 petak di utara dan selatan jambatan. Perkara ini memudahkan pelancong untuk singgah ‘selfie’ di situ.

Jambatan Drawbridge yang dihiasi lampu yang indah dan cantik menarik minat pelancong untuk berselfie dengannya

(Gambar hiasan)

(Gambar hiasan)

Memudahkan Perjalanan
Jambatan ini menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar Kuala Terengganu dan Muara Utara di seberang Takir. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar raya itu secara tidak langsung akan memendekkan jarak perjalanan dari bandar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus iaitu dari 30 minit ke 10 minit sahaja.

Jambatan Angkat ini telah memberi manfaat yang sangat berharga kepada penduduk Terengganu





No comments:

Post a Comment