Sunday, 7 June 2020

JAMBATAN SALOMA LINK


Jambatan Saloma Link dibina seperti Bridge of Peace di Tbilisidi, Georgia yang menjadi ikon kota tersebut. Jejantas pejalan kaki Saloma Link ini sepanjang 370 m dengan RM 31 juta. Dari seluruh panjang jambatan ini, 69 m dibuat merentasi lebuh raya bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH). Jambatan ini mempunyai ketinggian seperti bangunan 4 tingkat. Kawasan pejalan kaki selebar 4 kaki dan laluan di atas AKLEH dikatakan boleh menampung 200 orang pada satu masa.


Gambar ini merupakan jambatan Bridge of Peace di Tbilisidi, Georgia merupakan ikon Jambatan Saloma Link di Malaysia

Gambar diatas menunjukkan Jambatan Saloma Link kebanggan rakyat Malaysia

Menjimatkan Masa
Projek jambatan pejalan kaki ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sebuah jalan kecil di tepi bangunan Menara Publik Bank, tidak jauh dari KLCC. Jambatan ini sangat memudahkan orang ramai. Warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC hanya dalam masa 10 minit sahaja.

Gambar di atas menunjukkan keadaan di dalam Jambatan Saloma Link

Tarikan Pelancong
Saloma Link juga adalah tempat tarikan pelancong kerana jambatan itu jika bergambar sangat cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan ikonik KLCC. Lebih menarik, Saloma Link turut dilengkapi dengan hiasan sistem pengcahayaan yang cukup canggih. Sebanyak 4,100 unit lampu LED akan bertukar warna setiap malam dan mengikut beberapa tema termasuk untuk musim perayaan.

Gambar diatas menunjukkan keindahan lampu LED yang sesuai untuk bergambar

Meningkatkan Pendapatan Penduduk
Disebabkan Saloma Link ini terbina begitu hampir dengan Kampung Baru, jadi penduduk tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan. Dengan adanya Saloma Link, pengunjung boleh berjalan kaki dari KLCC ke Kampung Baru hanya dalam tempoh 15 minit. Di Kampung Baru, antara kedai makan yang popular adalah Suraya Seafood, Nasi Lemak Wanjo, Nasi Lemak Antarabangsa dan sebagainya.

Antara kedai yang famous di Kampung Baru

Gambar di atas menunjukkan rekaan jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung yang cukup sinonim dengan adat orang Melayu

Kepada sesiapa yang belum berkunjung di Jambatan Saloma Link, pergilah berkunjung kerana pasti tidak akan jemu kerana ianya berhampiran dengan KLCC dan Kampung Baru. Pasti tidak akan mengecewakan.




No comments:

Post a Comment