Thursday, 4 June 2020

JAMBATAN BYPASS PASIR MAS FASA 2


Pembinaan Bypass ini bertujuan memberi kemudahan untuk penduduk Kelantan khasnya yang menggunakan laluan pasir mas, Salor, rantau panjang dan tanah merah. Pembinaan telah dijalankan bersebelahan dengan jambatan Pasir Mas.  Projek bypass ini mempunyai 2 skop utama iaitu pembinaan laluan kedua jambatan Pasir Mas Salor dan flyover dari Pasir Mas ke Tanah Merah merentasi Bulatan Lemal.

 Gambar diatas menunjukkan jambatan ini merentasi Bulatan Lemal

Kesan terhadap ekonomi penduduk Kelantan
Kesan pembinaan ini khususnya memberi impak kepada kampung Lemal, kampung Kubang Bongor, kampung Pasir Mas, kampung Seberang Pasir Mas, kampung Aur Duri dan kampung baru Salor. Hal ini kerana, kampung tersebut berada berdekatan dengan pembinaan yang sedang dijalankan. Penduduk yang berdekatan mampu meniaga kecil-kecilan di tepi jambatan tersebut. Contohnya, kedai runcit, kedai makanan dan sebagainya. Bulan itu sahaja, pengusaha IKS juga dapat melancarkan pengagihan barang dengan lancar tanpa ada kesesakan lalu lintas.

Gambar di atas menunjukkan keadaan dimana tepi-tepi jambatan penduduk di situ menjalan kegiatan ekonomi.

Kesan terhadap sosial penduduk Kelantan
Pembinaan projek Bypass Fasa 2 turut memberi kesan terhadap sosial penduduk Kelantan terutama kepada penduduk sekitar projek tersebut. Antara kesan sosial adalah mengurangkan kesesakan lalu lintas, mempercepatkan masa perjalanan, mengurang pencemaran bunyi dan sebagainya.

Gambar di atas menujukkan sebelum pembinaan jambatan Bypass Fasa 2

Gambar di atas menunjukkan selepas pembinaan jambatan Bypass Fasa 2

Pembinaan projek jambatan Bypass Fasa 2 telah memberi impak terhadap sosioekonomi penduduk yang menetap disekitar projek tersebut. Pembinaan projek Bypass Fasa 2 ini dapat dilihat dengan jelas impaknya dari segi sosial iaitu pembinaan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dapat mempercepatkan masa perjalanan. 

No comments:

Post a Comment