Jambatan Victoria diambil sempena nama Ratu Victoria yang memerintah
United Kingdom (UK) ketika itu.Jambatan keretapi ini juga disebut Jambatan
Enggor keranan letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi
Sungai Perak mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya
oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang
bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini adalah G.W Fryer, Divisional
Engineer dan C.RHanson.
Gambar di atas menunjukkan Jambatan Victoria yang sedang dibina
Jambatan Victoria yang telah sempurna dibina
Aktiviti Penduduk
Pada
hari Selasa, terdapat aktiviti pasar sehari diadakan di Kawasan berhampiran
jambatan ini. Jadi, penduduk mampu menjana pendapatan isi rumah mereka.
Pasar yang giat dilakukan oleh penduduk di tepi Jambatan Victoria
Keutuhan Jambatan Victoria
Jambatan
ini dilengkapi 6 tiang dibina menggunakan bata merah yang mempunyai kuasa lasak
dam kukuh. Tiang pasak ini ditanam pada kedalaman lebih enam meter dari dasar
(kedalaman Sungai Perak)
Kaki Jambatan Victoria yang kukuh berdiri sehingga kini
Tempat Bergambar
Jambatan
Victoria sering menjadi tarikan Raja Sehari mengabdikan gambar kenangan perkahwinan
mereka. Jadi, penduduk di situ juga mengunakan Jambatan Victoria untuk mendapatkan
latarbelakangkan Jambatan Victoria dan gambar perkahwinan mereka. Dengan keunikan jambatan tertua ini, sudah pasti dimanfaatkan oleh penduduk dan pelancong untuk berselfie
Sungguh epik gambar ketika di Jambatan Victoria (Gambar hiasan)
Para pasangan yang berkahwin tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan gambar perkahwinan mereka (Gambar hiasan)
Tarikan Pelancong
Jambatan
yang tertua di Malaysia dengan usia lebih 117 tahun ini sekaligus menjadi ikon
pelancongan warisan dan tarikan uatam pelancong ke Perak.
Pelancong membanjiri di Jambatan Victoria
No comments:
Post a Comment