Thursday, 4 June 2020

JAMBATAN BAILEY SEPERTI JAMBATAN IRON MAN




 Sejarah Jambatan Bailey
Jambatan Bailey ini adalah hasil inovasi Sir Donald Coleman Bailey, seorang jurutera tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Semasa beliau mempersembahkan jambatan hasil rekaanya kepada pegawai atasannya, terdapat beberapa rekaan lain yang bersaing dengan hebat, tetapi akhirnya rekaan Sir Bailey diterima pakai oleh angkatan tentera British sebagai rekaan jambatan sementara yang paling sesuai. Setelah menjalani proses pembangunan dan ujian oleh pihak tentera British, maka Jambatan Bailey mula digunakan oleh Afrika Utara pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, tentera Amerika Syarikat turut dilesenkan untuk menggunakan rekaan jambatan tersebut. Hasil jasa beliau merekacipta jambatan Bailey, Sir Bailey akhirnya menerima anugerah yang gemilang iaitu anugerah OBE pada tahun 1944 dan seterusnya dianugerahkan gelaran Sir pada tahun 1946.


Jambatan Bailey
Jambatan Bailey atau Jambatan Iron Man ini merupakan sejenis jambatan kekuda besi pasang siap yang direka agar ia mudah dipasang menggunakan kudrat manusia tanpa menggunakan sebarang jentera dan ringan tetapi cukup kuat untuk digunakan oleh kereta kebal. Jambatan ini sangat berjasa kepada penduduk terutamanya semasa peperangan dan bencana alam.

Jambatan Bailey yang baru dibina di Sg Kinta Kuning Sg Galah

Keunikan Jambatan Bailey
Jambatan ini bukan sahaja mudah alih, tetapi komponen-komponen cukup ringan untuk diangkut menggunakan lori. Jambatan Bailey mudah dikenali melalui kekudanya yang berbentuk pangkah.


Kelebihan Jambatan Bailey
1. Jambatan Bailey amat penting dalam ketenteraan kerana semasa peperangan, tentera musuh pastinya akan memusnahkan infrastruktur jalan raya dan mengebom jambatan sedia ada bagi menghalang kemaraan dan serangan balas pihak yang diserangnya. Jadi, angkatan tentera negara memerlukan teknik pembinaan jambatan yang sangat pantas bagi memulihkan semula rangkaian pengangkutan jalan raya.
Jambatan Bailey di Jalan Marudi-Miri. Jambatan Bailey turut digunakan dalam pembinaan jalan luar bandar oleh pihak tentera seperti Jalan Miri-Marudi

2. Jambatan Bailey juga digunakan sebagai jambatan sementara bagi menghubungkan jalan raya yang terputus hubungan akibat jambatan roboh semasa banjir. Contohnya, terdapat sebuah jambatan kecil yang runtuh di KM73, Lebuhraya Segamat-Kuantan FT12 akibat banjir di Pahang, maka sebuah jambatan Bailey dipasang bagi membolehkan FT12 dilalui semula.

Jambatan Bailey di Lebuhraya Segamat-Kuantan FT12

3. Jambatan ini memudahkan pergerakan penduduk di situ. Contohnya Jambatan Bailey yang dibina di Tuaran telah berjasa kepada penduduk Tuaran. Jambatan ini telah menyeberang Sungai Labuaya terus menjadi kemudahan pilihan lebih 5,000 pengguna setempat ke pekan Tuaran setiap hari. Jambatan ini bukan sahaja digunakan oleh penduduk Tuaran malah pengguna dari daerah lain seperti Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat juga menerima tempias.


Kegiatan Pemasangan Jambatan Bailey





No comments:

Post a Comment