Jambatan yang menjanjikan pemandangan yang indah di Indonesia adalah di Surabaya, Jawa Timur adalah Jambatan Suramadu. Jambatan penghubung Kota Surabaya dan Pulau Madura telah menjadi ikon kebanggan masyarakat sekitarnya dan rugi kepada sesiapa yang tidak ke situ jika pergi ke Surabaya.
Jambatan Suramadu, Indonesia
Tempoh Pembuatan
Jambatan ikonik Indonesia
ini dibangunkan pada tahun 2003. Tempoh pembuatannya memakan masa selama 6
tahun sehingga dirasmikan pada tahun 2009.
Terpanjang Di Indonesia
Jambatan Suramadu menjadi
jambatan terpanjang di Indonesia iaitu mencatat panjangnya 5.438 meter.
Jambatan ini juga menjadi jambatan terpanjang ketiga di Asia Tenggara. Jambatan
pertama yang terpanjang mestilah Jambatan di Malaysia iaitu Jambatan Penang dan
Jambatan Kedua terpanjang adalah Jambatan Mawlamyaing di Myanmar.
Jambatan Sebagai Kebanggan
Mempercepatkan Perjalanan
Kehadiran Jambatan
Suramadu mampu mempercepatkan perjalanan Surabaya – Madura dengan mengambil
masa selama 10 minit sahaja. Sebelum ini, perjalanan ke Surabaya – Madura
mengambil masa salama 30 minit menaiki feri.
Penduduk Indonesia sangat bertuah memiliki jambatan Suramadu ini
Tumpuan Rekreasi
Jambatan ini menjadi
tempat rekreasi seperti festival yang kerap dilakukan di situ adalah festival
larian. Bawah jambatan juga dijadikan tempat untuk menikmati dan bermain dengan
mencari kerang ataupun haiwan laut.
Setiap tahun karnival seperti larian sering dilakukan di Jambatan Suramdu
Kepada kaki memancing, bawah jambatan Suramadu menjadi tumpuan kepada kaki pancing untuk mendapatkan ikan yang besar (Gambar hiasan)
Port Selfie
Jambatan ini mensajikan
pemandangan yang cukup indah. Ramai orang berebut-rebut untuk bergambar di
Jambatan itu ketika matahari terbit atau matahari terbenam.
Gambar hiasan
Keindahan pada waktu malam di Jambatan Suramadu
Hasil Pendapatan Penduduk Setempat
Penduduk di sekitar
jambatan menyediakan sampan nelayan untuk menikmati pemandangan di jambatan
itu. jadi, penduduk boleh menjana pendapatan dengan mengenakan bayaran dengan
setiap penggunaan sampan.
No comments:
Post a Comment