Jambatan
Sultan Ismail, Muar merupakan jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai
Muar yang menghubungkan Bandar Maharani dengan Tanjung Agas. Sebelum pembinaan
jambatan ini, penduduk yang ingin ke seberang (Tanjung Agas dan Melaka)
terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan feri yang dipanggil Penambang.
Penambang atau feri mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan
rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Penduduk terpaksa menggunakan feri untuk menyeberang sungai
Oleh
kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung
kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Perjalanan menggunakan feri ini
agak memakan masa malah membahayakan terutamanya pada musim banjir. Oleh itu,
cadangan telah dibuat untuk membina sebuah jambatan yang akan menghubungkan
Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka. Jambatan ini terbina seperti mana
menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaya ke-2 (1961-1966).
Pada
16 April 1967, jambatan ini siap sepenuhnya dam dirasmikan oleh DYMM Sultan
Johor ketika itu Sultan Ismail Bin Almarhum Sultan Ibrahim. Pada Jumaat, 15
April 1967 keesokannya khidmat feri penambang dihentikan berkuatkuasa pada
malam tersebut. Jambatan yang siap dibina itu disambut oleh para penduduk
dengan gembira. Perasmian tersebut telah disaksikan oleh ribuan rakyat yang
pertama kali dibuka dan dapat menyeberangi Sungai Muar menggunakan jambatan
tersebut.
Penduduk meraikan pembukaan Jambatan Sultan Ismail
Panjang
Dan Keluasan Jambatan Sultan Ismail
Jambatan sepanjang 1,264 kaki (385 meter) dibina dengan keluasan 24 kaki
(7 meter) bagi lorong kenderaan, 8 kaki (2 meter) bagi laluan motosikal/basikal
dan 5 kaki bagi lorong pejalan kaki. Ianya boleh menampung bebanan sebanyak 500
tan bagi setiap 100 kaki (30 meter).
Kerja-Kerja Pembinaan
Bagi
menyiapkan jambatan ini, 4 pontun digunakan untuk membawa pembancuh konkrit,
simen, pasir dan kren setinggi 120 dengan lif seberat 50 tan di mana sebanyak 2
buah jeti dibina khusus untuk memuatkan acuan rasuk konkrit.
Jambatan tersebut dibina di atas 48 cerucuk besi khas yang diimport dari
Jerman dan diperkuat dengan 82 cerucuk konkrit. Dianggarkan lebih daripada
9,000 meter padu konkrit dan 2100 tan keluli. Tenaga kerj pula sebanyak 130
orang telah digunakan ketika pembinaan jambatan tersebut.
Keutuhan Jambatan Ismail masih digunakan sehingga kini
Kemudahan Penduduk
Dengan pembinaan jambatan ini, pengguna jalan
raya dari Johor Bahru ke Melaka ketika itu telah menjimatkan lebih kurang 64 km
berbanding melalui jalan Segamat-Tangkak-Jasin.
Kegembiraan penduduk Johor terserlah apabila jambatan ini dibina.
No comments:
Post a Comment