Jambatan
kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah
siap dibina sepenuhnya pada 1 Mac 2014. Jambatan yang dibina dengan kos RM 4.5
billion merentangi sepanjang 24 km dengan 16.9km di atas laut. Jambatan ini
akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di Pulau.
Gambar
di atas menunjukkan jambatan kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai Jambatan
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
FAKTA
MENARIK MENGENAI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
1. Kos
pembuatan sebanyak RM 4.5 billion
2. Berhubung
dari Batu Maung ke Batu Kawan
3. Pembinaan
dari tahun 2008 hingga 1 Mac 2014
4. Sepanjang
24 km dan telah dinobat jambatan terpanjang di Asia Tenggara
5. Dikekalkan
oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
6. Dibina
oleh IJM, UEM Builders, Cergas Murni Sdn Bhd, SU Citra Sdn Bhd, IJM.
7. Dirasmikan
oleh Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri ke-6
8. Had
laju 80 KM/J. Had laju dicadangkan semasa dalam perjalanan di atas jambatan
Jambatan
Kedua Pulau Pinang Pemangkin Sosioekonomi
11. Pelancongan
Jambatan
ini telah menjadi ikon baharu industri pelancongan Pulau Pinang dan Malaysia.
Jambatan ini mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing. Selain itu
ianya dapat memberi nafas baharu kepada produk pelancongan di Batu Maung dan
Bayan lepas seperti Muzium Perang, Akuarium Batu Maung, Tokong Ular dan
sebagainya. Jambatan ini juga sangat unik strukturnya dapat menarik perhatian
pelancong tempatan dan tempatan yang ingin cuba laluan jambatan terutama pada
waktu malam kerana ia dihiasi lampu warna-warni.
Jambatan Pulau Pinang yang kaya dengan lampu yang indah
2. Mengurangkan Kesesakan LaluLintas
25 peratus daripada 100,000 kenderaan yang menggunakan jambatan pertama
setiap hari, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama.
Sering diperlihatkan sebelum wujudnya jambatan kedua ini, jambatan pertama
sangat sesak sehinggakan mengambil masa setengah jam untuk keluar dari jambatan
pertama. Apabila adanya jambatan kedua ini, 25,000 kenderaan sehari menggunakan jambatan ini terutama kenderaan dari
selatan.
Gambar di atas menunjukkan jambatan pertama yang
mulai renggang
3. Peluang Pekerjaan
Kawasan Batu Kawan di tanah besar, yang sebelum
ini agak kosong dan sunyi kini mula membangun dengan projek-projek perumahan,
malah gedung perabot terkenal dari Sweden, Ikea, akan membuka cawangan keduanya
di kawasan itu. Limpahan
ekonomi itu jelas dapat dilihat apabila Ikano Pte Ltd iaitu syarikat francaisee
bagi Ikea di Malaysia, Singapura dan Thailand bergabung dengan syarikat
tempatan, Aspen Vision untuk membangunkan kompleks beli-belah serta kawasan
perniagaan dan kediaman di Batu Kawan. Disini kita dapat lihat peluang
pekerjaan semakin bertambah kepada penduduk di situ.
Gambar diatas menunjukkan Gedung Ikea dibuka di
Batu Kawan
4. Tempat Rekreasi
Dibawah jambatan kedua Pulau Pinang ini, terdapat
juga segelintir penduduk, pelancong tempatan mahupun asing menjalankan aktiviti
beriadah. Contohnya, bermancing, berehat, berkelah dan sebagainya.
Kebanyakkan pelancong mahupun penduduk akan melakukan aktiviti rekrasi di bawah jambatan Pulau Pinang Kedua.
Apabila
jambatan dibina, pelbagai aspek secara tidak langsung akan membangun dari segi
aspek sosial mahupun ekonomi. Sekarang, jambatan kedua ini menjadi kebanggan
penduduk di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment